Saturday 10 March 2012


Sekilas tentang Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni

Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, penulis buku Best Seller – La Tahzan

Anda kenal Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni? Beliaulah penulis, kitab La Tahzan – Jangalah bersedih.
Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini.
Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H di perkampungan al-Qarn, sebelah selatan Arab Saudi. Beliau berasal dari keluarga Majdu’ al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su’ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid’ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid’ah terhadap ilmu Dirayah danRiwayah Hadis).
Beliau memperolehi PhD  dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis “Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi” (Analisis Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih dari lapan kaset rakaman yang memuat khutbah, kuliah, ceramah, sejumlah bait syair dan hasil seminar-seminar kesusasteraan.
Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Arab Saudi, pada umumnya) dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga moden. Dan, buku La Tahzan ini adalah bukunya yang terlaris. Ia telah diterjemah kepada 29 bahasa.
MasyaAllah, semoga Allah merahmati beliau.
Saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan buku La Tahzan ini, pernah dalam satu temuramah oleh wartawan Indonesia – beliau menceritakan bahawa buku La Tahzan terilham ini selepas beliau dipenjarakan kerana menulis syair-syair berkaitan politik. Akhirnya, beliau terdorong untuk menulis sesuatu yang berkaitan rapat dengan kehidupan, kesedihan, dan ujian-ujian dunia.
100 halaman pertama buku ini, yang sarat dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis, syair dan pujangga ulamak adalah hasil penulisannya sewaktu berkelana dipenjara. Kemudian apabila keluar daripada penjara, semangatnya berkobar-kobar untuk menyiapkan perkongsian yang sangat berharga ini.
La Tahzan, ditulis dengan penuh penelitian, pencermatan dan ketulusan jiwa. Beliau mengambarkan bahawa hasil karya La Tahzan adalah usaha kajian dan perkongsian yang diambil daripada 300 buah kitab dari pelbagai bahasa. Sungguh mengujakan saya, beliau mempunyai perpustakaan peribadi yang terkandung di dalamnya 10,000 judul kitab.

No comments:

Post a Comment