Saturday 10 March 2012

Merenunglah dan Bersyukurlah








Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan , keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

.......sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.... (Ibrahim : 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi ada tidak pernah menyedarinya anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.


.....Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin... (Luqman: 20) 


Anda telah diberi sepasang mata,satu lidah , dua bibir , dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang anda dustakan? (Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkah anda mersa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah!! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketuliann, penglihatan anda terhindar dari kebutaan, dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda!! Allah SWT telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin mengantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda memiliko roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!!


Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Apakah kalian tidak perhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)


Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal,pekerjaan,kesihatan,sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka menginkarinya.... (An-Nahl:83) 








Bersyukur Pada Allah, Jangan Bersedih, Sabar Dan Cekal Ujian Allah - Dr Asri


"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

No comments:

Post a Comment