Saturday 31 March 2012

MAKSUD TAUBAT NASUHA


BERTAUBATLAH SESUNGGUHNYA PINTU TAUBAT
ITU SENTIASA TERBUKA LUAS UNTUK MANUSIA


.
Selagi ajal belum tiba dan selagi matahari belum terbit di ufuk barat maka rebutlah peluang kembali kepada Allah dengan bertaubat kepadaNya dan memohon ampun kepada Nya dari segala kesilapan dan kejahatan yang telah dilakukan. Setinggi gunung dosa yang dilakukan dan sebesar laut kejahatan yang dilakukan, namun segeralah bertaubat kerana rahmat dan kasih sayang Allah meluas umpama langit yang tiada penghujungnya. Betapa rindunya Allah mendengar rintihan keluh kesah dari hambanya yang ingin bertaubat dan memohon ampun padanya. Ingatlah dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hamba-hambanya. Renungilah sebuah hadis dari Nabi Muhammad s.a.w iaitu :
.
Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong.(Hadis Riwayat Tarmizi)
.
Lihatlah betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Allah tetap menerima taubat selagi nyawanya belum sampai di kerongkong. Maksudnya di usia ini samaada yang muda atau tua. Ataupan yang sedang sihat atau yang sedang sakit sampai belum di tahap nazak sentiasalah ingat kepada Allah dan bertaubat lah kepadaNya sebelum roh berpisah daripada jasad. Roh kembali kepada Allah dan akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukan di alam dunia. Jasad kembali ke tanah dan hancur sedikit demi sedikit dimamah bumi kecuali jasad yang terpelihara oleh Allah.
.
TAUBAT NASUHA
.
Apakah yang dimaksudkan dengan taubat nasuha. Taubat nasuha merupakan satu taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh dengan menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan dan berusaha untuk menghentikan dan meninggalkan maksiat. Bartaubat dengan rasa ikhlas hati dan mengharap keampunan rahmat kasih sayang daripada Allah. Apabila dosa itu ada hubungan dengan hak manusia maka taubatnya di tambah syarat seperti meminta maaf sesama insan dan menggantikan atau memulangkan semula barang yang dicuri sekiranya ada. Renungilah sepotong ayat suci Al-Quran tentang taubat:
.
Hai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu.(Surah Al-Tahrim : Ayat 8)
.
Inilah erti taubat nasuha iaitu seseorang hamba kembali kepada Allah dengan penuh rasa pengharapan dan dengan penuh rasa tulus ikhlah hati mudah-mudahan Allah menerima taubatnya dan mengampuni segala dosa silamnya. Bagaimana pula dengan taubat yang di tolak oleh Allah? Mari kita renungi bersama sepotong ayat suci Al-Quran tentang taubat:
.
Hanyalah Tuhan menerima taubat daripada orang yang mengerjakan kejahatan kerana kebodohan, kemudian dia kembali bertaubat dengan segera. Sebab itu Allah menerima mereka kembali, dan Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana. Dan tidaklah diterima taubat orang mengerjakan kejahatan apabila sampai kematian kepada salah seorang daripada mereka barulah mereka berkata ”aku bertaubat sekarang”. Dan tidak pula diterima taubat orang yang meninggal dunia dalam kekafiran. Bagi mereka kami sediakan seksaan yang pedih.(Surah An-Nisa : ayat 17-18)
.
Inilah taubat yang tidak diterima oleh Allah iaitu taubat yang dilakukan diambang hampir kematian iaitu dalam keadaan tenat nazak. Dan demikian juga taubat yang dilakukan matinya dalam keadaan kafir. Oleh itu renung-renungkan lah.

Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !





DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Ingatlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus-menerus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Ada wanita di Malaysia beranggapan suaminya relax sahaja bila isterinya keluar tidak bertudung atau bertudung tetapi berpakaian sendat adalah seorang suami yang sangat understanding dan sporting. Baginya, itu adalah tanda si suami sangat 'sayang' pada dirinya. Sebenarnya, itu bukannya tanda sayang. Jika suami benar sayang, dia akan memarahi isterinya bila isterinya degil tidak mahu memelihara aurat.

Apa Itu Amanah Saham Aurat Wanita (ASAW)




Kenapa tiba-tiba mengarut pasal Amanah Saham Aurat Wanita pula ? Kerana Aurat Wanita Adalah Amanah. Anda kutip hasil pelaburannya di akhirat. Tidak perlu memasukkan duit secara bulanan untuk melabur, cukup dengan memelihara aurat di dalam berpakaian dan mengelakkan nilai saham daripada jatuh menjunam. Bila jatuh menjunam maknanya harga diri menjadi murahan dan kurang bernilai pada pandangan masyarakat. Ini tidak termasuk tanggungan dosa.

Contoh: 
Seorang wanita Melayu sengaja pakai baju sendat, dedah lurah buah dada. Kemudian rasa bangga bila orang lain tengok. Secara falsafahnya, adakah dia wanita MAHAL atau MURAHAN ?

BerJUBAH Telanjang ?


BerJUBAH Telanjang ?


Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah! BerhentiMeSEKSIkan Jubah Muslimah!

Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.

 [tajuk ni mmg nk highlight especially yang pakai jubah]

Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat dan bukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.

Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.

Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.

Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.

Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !

Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.



jgn pakai jubah ketat, sendat,
jgn pakai jubah jenis KAIN LICIN
sebelum gi keluar jalan2,.tgk2 la kat cermin pakaian korang, kot2 la jadi mcm dlm gmbar kat atas

Sunday 25 March 2012

(Artikel) Beza Dosa Lelaki Dan Perempuan





Sekadar berkongsi. Artikel beza dosa lelaki dan perempuan ni mengajar kita tentang kelebihan masing-masing selain untuk muhasabah diri. Harap bermanfaat sebagai perkongsian bersama :)

artikel beza dosa lelaki perempuam 7 petala cinta
Gambar dari filem 7 Petala Cinta


LELAKI:
Lelaki berkahwin kena tanggung
  • dosa diri sendiri,
  • dosa isteri,
  • dosa anak perempuan yang belum berkahwin
  • dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?

Hukum juga menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi beban lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami yang perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ”

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Baik lelaki mahupun perempuan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada yang sempurna. Maka, bersederhanalah dalam setiap perkara. Semoga bermanfaat!

Tuesday 13 March 2012

Jangan Bersedih, Kebanyakan Cerita Tidak Sama Dengan Kejadian Sebenarnya







Didapati dalam kitab Taurat ada tertulis : " kebanyakan perkara yang ditakuti manusia tidak pernah terjadi."
Ini bererti bahawa, kebanyakan perkara-perkara yang ditakuti oleh manusia itu tidak akan terjadi. Ini adalah kerana didalam otak manusia itu terdapat lebih banyak khayalan daripada khabar kebenaran yang pasti terjadi.


Seorang penyair mengatakan:


Aku berkata kepada diriku sendiri.
Lempakanlah kedukaan itu sejauh-jauhnya.
Berbahagaialah, Sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada.


Ertinya: Manakala sebuah peristiwa terjadi pada diri anda, atau anda mendengar tentang sesuatu bencana, maka anda tidak perlu resah, cemas, dan jangan bersedih. Kerana sesungguhnya kebanyakan berita-berita itu tidak sama dengan kejadian yang sebenarnya. Jika anda yang mampu mengubah taqdir, pastilah ia mencarinya. Sekiranya tidak, maka bagaiman taqdir itu harus anda tangani.


......dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka....(Al-Mu'min:44-45)

Jangan Bersedih, Berbanyak Cara yang Dapat Mengusir Kesedihan






Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh, dan pengangguran adalah kebatilan. Dan kebanyakan manusia yang bersusah hati,berdukacita dan bersedih dalam hidup adalah penganggur yang tiada pekerjaan. Adapun manfaat yang mereka perolehi dari semua itu hanyalah sekadar khabar angin dan banyak angan-angan yang tiada berguna. Itulah keuntungan yang juga diraih oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan berbuah pahala.


Oleh sebab itu, bergeraklah dan bekerjalah , berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah ,tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda! Manfaatkanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya,dan jangan biarkan sedetik pun waktu anda terbuang dengan sia-sia! Ingat, sehari sahaja dibiarkan waktu anda kosong tanpa kegiatan ,nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda. Dan apabila berlaku sedemikian, maka anda akan menjadi lapangan permainan para syaitan.



Jangan Bersedih, Kerana Di Sana Masih Banyak Jalan Meringankan Musibah











Diantaranya:


1. Menuggu pahala dan ganjaran dari sisi Allah Azza wa Jalla:


.......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
(Az-Zumar:10)


2. Melihat kepada orang lain yang mendapat musibah.


   Kalau saja tidak kulihat
   esak tangis orang 
   yang ditimpa musibah di sekitarku
   tentu telah kubunuh diriku.


Maka berpalinglah ke kanan dan kiri, adakah anda lihat di sekeliling hanya orang-orang yang tertimpa musibah dan ujian ? Dan sebagaimana dikatakan orang: "Di setiap lembah terdapat Bani Sa'ad."


3. Yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yang menimpa    orang lain.


4. Yakinlah bahawa musibah yang anda deritai itu berkaitan dengan dunia sahaja, bukan berkaitan dengan       agama.


5. Yakinlah bahawa ubudiyah yang dilaksanakan dengan khusyu' ketika sedang mengalami tekanan      terkadang lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan pada saat-saat mengalami kebahagiaan.


6. Jangan melakukan tipu muslihat.
   
    Tinggalkanlah tipu muslihat untuk mengubah bencana .
    Hancurnya tipu muslihat adalah dengan meninggalkannya.


7. Sedarlah bahawa pilihan Allah SWT adalah yang terbaik


...........boleh jadi kamu mencintai sesuatu , padahal ia amat baik bagimu...(Al-Baqarah:216)



Jangan Bersedih, Kerana Kesulitan Mencari Rezeki




Sesungguhnya yang memberi rezeki adalah Allah Yang Maha Esa, Seluruh rezeki hamba itu berada di sisiNya , dan Dia telah mengatur semua itu.


Dan dilangit terdapat sebab-sebab rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu... 
(Adz-Dzariyat:22)


Jika yang memberi rezeki itu adalah Allah, maka mengapa masih ada manusia yang menyanjung dan merendahkan diri di hadapan orang lain hannya kerana ingin memperolehi rezeki dari sesama manusia? Allah SWT berfirman :


Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun di muka bumi malainkan Allahlah  yang memberi rezekinya...(Hud:6)


Dalam firmanNya yang lain disebutkan:


Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya , dan apa saja yang Allah tahan, maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya  sesudah itu....(Fathir:2)
Jangan bersedih, Dengan Perilaku Manusia Terhadapmu, Tetapi Perhatikanlah Tingkah Laku Mereka Terhadap Allah SWT






Anda tidak perlu besedih dengan perilaku ornag lain kepda anda. Mereka adalah orang yang tidak mengetahui bagaimana seharusnya bersikap kepada sesama mkhluk Allah. Bahkan kepada Khaliq sekalipun mereka telah melampaui batas. Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhud, Allah SWT telah berfirman :


Wahai anak Adam, sungguh hairan Kulihat dirimu! Aku telah menciptakanmu, tetapi kamu malah menyembah selain aku Aku. Aku telah memberikanmu rezeki , tetapi kamu malah bersyukur kepada selain Aku. Telahku tunjukkan kasihku dengan memberimu berbagai nikmat, sedangkan Aku sama sekali tidak memerlukanmu, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaku dengan berbuat maksiat. KebaikanKu selaku Ku li pahkan kepadamu, tetapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kepadaku.


Disebutkan dalam sirah nabi Isa AS bahawa ia telah mengubati sebanyak 30 orang pesakit dan telah menyembuhkan ramai orang buta, namun mereka itu kemudian berbalik menjadi musuh-musuhnya. 

Sunday 11 March 2012

PERIHAL WANITA SOLEHAH DAN LELAKI SOLEH




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (kepada Hafsah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya: Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu? Nabi menjawab: Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan) dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.”

Al-Maghari berkata: Surah ini termasuk dalam kategori Surah Madaniyyah dan mengandungi 12 ayat. Ia diturunkan selepas Surah al-Hujurat. Hubungan surah ini dengan surah yang sebelumnya:
  • Surah al-Talaq menceritakan tentang pergaulan yang baik dengan para isteri dan memenuhkan hak-hak mereka, manakala dalam surah ini pula menceritakan apa yang terjadi di antara mereka dengan Nabi s.a.w sebagai pengajaran kepada umatnya agar berhati-hati dalam urusan wanita, melayan mereka dengan lemah lembut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan memberi nasihat dengan cara yang berkesan.
  • Kedua-dua surah ini dimulakan dengan seruan kepada Nabi s.a.w.
  • Surah yang terdahulu berkenaan dengan persengketaan para isteri, manakala surah ini pula membincangkan berkenaan dengan persengketaan isteri-isteri Nabi s.a.w. Disebutkan isteri Baginda secara khusus untuk menghormati kedudukan mereka.

Kesimpulan: Wahai isteri-isteri nabi! Jauhilah olehmu daripada menyakiti Rasulullah s.a.w dan berkomplot untuk menentang dan berbuat buruk terhadap Baginda. Ini kerana perbuatan ini boleh membangkitkan dadanya, sehingga ia akan menceraikan kamu semua dan Allah akan memberikan pengganti untuknya yang lebih baik daripada kamu dalam perkara agama, amalan soleh, ketakwaan dan mengatur urusan rumahtangga. Dia memberikan kepadanya sesetengah daripada isteri-isterinya itu yang masih lagi perawan dan sesetengahnya yang janda.

Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi seorang wanita selain daripada talaq (perceraian), terutama apabila isteri penggantinya lebih baik daripada sebelumnya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a, yang berkata: Umar berkata, isteri-isteri Nabi s.a.w bersepakat untuk mogok terhadap Baginda. Lalu aku berkata: Mudah-mudahan jika Baginda telah menceraikan kamu, Allah akan memberi ganti untuk Baginda isteri yang lebih baik daripada kamu semua. Lalu turunlah ayat ini.

Sebenarnya keindahan merupakan target utama manusia dan fitrah kepada sesiapa pun sukakan indah dan keindahan. Ini menyebabkan mereka begitu terpesona apabila mendapat apa-apa yang indah seperti barangan, kenderaan, harta benda, lebih-lebih lagi suami dan isteri yang ada nilai kecantikan dan ketampanan.
Indah Yang Hakiki

Sebenarnya keindahan bukan semata-mata dilihat dari segi lahiriah dan zahir semata-mata  tetapi lebih daripada itu memerlukan keindahan dalaman yang mewakili hati dan akhlak serta budi yang luhur apatah lagi dipasakkan dengan keimanan sejati. Inilah yang hakiki patut didambakan oleh kita semua kerana ia sudah pasti menatijahkan kebahagiaan hidup di dunia seterusnya berlangsungan hingga ke akhirat.


Indah Dalam Berumah Tangga

Sengaja penulis membuat fokus kepada rumah tangga agar realiti kehidupan sebenarnya yang ingin digapai oleh setiap pasangan bagi mendapatkan kebahagiaan dapat diraih.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatu al-Aulad menyebut berkenaan dengan perkahwinan contoh dan hubungannya dengan pendidikan. Antara lain katanya: Perkahwinan terdiri dari tiga sudut, iaitu:
  • Perkahwinan adalah fitrah manusia.
  • Perkahwinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat.
  • Perkahwinan merupakan penelitian dan pemilihan.

Ketiga-tiga perkara di atas akan menjelaskan sejauh mana hubungan pendidikan dengan sifat tanggungjawab kelahiran zuriat. Begitu juga hubungan darah keturunan dengan anak serta memelihara keselamatan tubuh dan kelakuannya, perasaan kasih sayang kedua ibu bapa terhadapnya, kerjasama yang erat antara kedua-dua ibu bapanya dalam usaha mendidiknya, membetulkan segala penyelewengan dan membentuknya sebagai insan yang soleh untuk menghadapi kehidupan.


Keutamaan Wanita Solehah

Dinyatakan di sini beberapa nas daripada hadis berkenaan dengan kelebihan dan faedah bagi individu yang berkahwin dan mendapat isteri mahupun suami yang bersifat soleh dan solehah, antaranya:

Daripada Abdullah bin Amr r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang jika dikurniakan kepada seorang bererti, ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan akhirat: Hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya.” (Riwayat at-Tabrani)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)

Daripada Abu Hatim al-Muzani r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi oleh seseorang yang kamu berkenan dengan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.” (Riwayat Tirmidzi) 


Sepuluh Wasiat Untuk Puteri Umamah

Umamah telah mewasiatkan kepada puterinya yang akan berkahwin dengan al-Harith bin Amru. Katanya: Wahai puteriku! Ada sepuluh perkara yang inginku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga:
  • Jalinkan hubungan dengan suami dengan penuh ketaatan. Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripadamu atau tercium sesuatu yang tidak enak daripadamu.
  • Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
  • Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya, dia akan bersikap lembut terhadapmu.
  • Uruskan rumah tangga dengan baik dan sempurna.
  • Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
  • Simpanlah segala rahsianya dengan baik. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
  • Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
  • Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.
  • Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira apabila memandangmu.
  • Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula kepadamu.”

Ciri-ciri Suami Soleh

Seorang pakar sakit jiwa mengatakan: “Menghormati isteri termasuk di dalam soal yang amat penting kerana seorang isteri merasa dirinya lemah atau dipandang lemah. Pada umumnya, kaum wanita mengamalkan pelajaran yang buruk hingga melekat pada sifat-sifatnya, seperti suka berdusta, tidak boleh dipercayai, nifaq (lain di mulut, lain di hati) dan sebagainya. Apabila kita tanamkan rasa menghargai diri di dalam jiwanya, kita menghormati keperibadiannya dan kita jaga kehormatannya. Kita dapat memperkuat keperibadiannya dan membuatnya sanggup menghadapi gelombang dahsyat yang mungkin akan dihadapi selama perjalanan hidupnya. Dengan menanamkan kepercayaan kepada diri sendiri dan dengan penghargaan yang kita berikan itu, ia akan dapat mengatasi kelemahan jiwanya sehingga ia tidak mudah diperdaya dan tidak mudah tergelincir ke dalam perbuatan yang rendah dan sia-sia.”
  • Mentaati Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
  • Mendirikan rumah tangga semata-mata kerana Allah dan demi memenuhi tuntutan agama.
  • Melayani dan menasihati isteri dengan cara yang baik.
  • Menjaga hati dan perasaan isteri.
  • Sentiasa bertolak ansur dan selalu membantu isteri.
  • Tidak menyuruh sesuatu di luar kemampuan isteri.
  • Kuat kesabaran dan menghindari daripada menyakiti isteri, seperti memukul atau dengan perkara yang memudaratkan, yang tidak dibenarkan syariat.
  • Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
  • Menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
  • Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi sebagai ketua keluarga.
  • Memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan sedaya kemampuan.
  • Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak ahli keluarganya.
  • Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
  • Memberikan kasih sayang dan berkorban demi kebahagian bersama.

Seorang lelaki datang menemui al-Hasan bin Ali r.a meminta nasihat dan bertanyakan tentang lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puterinya.

Ia berkata: “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki, dengan siapakah yang sebaiknya aku mengahwinkannya?” al-Hasan menjawab: “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab kalau ia mencintai isterinya ia pasti menghormatinya, tetapi kalau tidak menyukainya ia pasti tidak akan berlaku zalim terhadapnya.”


Ciri-ciri Isteri Solehah

Banyak ciri yang perlu disemai dalam diri seorang isteri yang solehah, antaranya:

Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami. Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:“Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi.”
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa menuturkan kalimah yang baik-baik.
  • Tidak membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan suami.
  • Keluar rumah hanya dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Menghargai pengorbanan suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk ke dalam rumah.
  • Menerima tunjuk ajar daripada suami.
  • Menghormati mertua serta kaum keluarga suami.
  • Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
  • Menjadi penenang dan penyeri rumah tangga.

Dinyatakan di sini beberapa tips untuk mendidik isteri, antaranya:
  • Allah membekalkan kepada lelaki kekuatan akal, rasional, tidak mudah didorong oleh perasaan. Wanita pula berjiwa sensitif dan mudah tersinggung. Justeru, kekuatan akal jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah kekuatan fizikal, suami boleh menjadi pendidik yang kreatif.
  • Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Justeru, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dan strategi.
  • Kaum wanita dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan lelaki yang diciptakan dengan hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukan nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu tidak penyabar, mudah prasangka, cemburu, cepat merajuk dan sebagainya. Dari dorongan nafsu itulah, lahirnya pelbagai perasaan pada wanita.
  • Dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh sahaja pertimbangan akal. Sebab itulah wanita mesti dibimbing lelaki agar tindak tanduknya tidak mengikut perasaan semata-mata.
  • Tahu sedikit sebanyak ilmu psikologi wanita. Ini dapat dimanfaatkan suami dalam mendidik isteri.

Kebijaksanaan perlu disertai dengan kesabaran. Kesabaran tanpa kebijaksanaan membawa kepada suami menurut semahu-mahunya kemahuan isteri. Tanpa kesabaran, boleh hilang pertimbangan akal dan tidak bertindak secara rasional.

Akhirnya, penulis menutup perbincangan ini dengan memohon doa daripada Allah s.w.t, seperti yang diajar dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.” (al-Furqan: 74)

HAKIKAT TAKDIR; ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM, TIDAK PULA PILIH KASIH







KENAPA seorang dengan seorang yang lain tak sama kadar dunia yang dimilikinya? Ada yang ditakdirkan miskin yakni, kais pagi makan pagi. Ada pula lahir saja ke dunia, terus menikmati kemewahan tanpa perlu berusaha. Ada pula ditakdirkan sakit sana sini biarpun makan minumnya terjaga berbanding dengan sesetengahnya yang terurus makan minumya. Ada pula ditakdirkan cacat sementara yang lainnya sempurna pula. Mengapa demikian? Walhal Allah itu Adil sifatnya, Pemurah lagi Penyayang, rahmatNya melimpah ruah.

Lebih pelik lagi, kita lihat orang yang tholeh lebih baik dan berjaya kehidupannya berbanding orang yang soleh. Orang baik ditmpanya musibah, sedangkan orang jahat selalu saja menang. Tengok ummat Islam di Palestin yang memilih Allah, dibiarkan ditindas oleh Yahudi laknatullah, musuh Allah. Lalu dimanakah sebenarnya keadilan Allah? Demikianlah antara rungutan minda sesetengah dari kita bila berdepan dengan hakikat di atas.

Merasakan ketidakadilan Allah dalam hal seumpama di atas bukan hanya di kalangan orang orang yang ingkar (tidak meyakini rububiyyah Allah dan kebenaran agama Islam), bahkan ianya penyakit rohani yang turut menimpa kita yakni muslim yang hati dan lidahnya akad akan kebijaksanaan dan kesempurnaan aturan Allah.

HAKIKAT TAKDIR

Pada hemat penulis, keraguan tersebut adalah dari kerana fikiran yang belum cukup mengenali Allah dan samar pula dalam memahami hakikat takdir.  Memahami hakikat takdir dengan sebenar benar fahaman nescaya akan terubatlah resah dihati dan berlalulah rintihan bahkan insyaAllah, menjadikan kita manusia yang tak kenal mundur dan tidak mudah cemburu hati.

Duhai diri, hakikat keadilan Allah itu adalah hak (benar) dan takdir Allah itu bukanlah tanda sikap pilih kasihNya. Apa penjelasannya? Sebaiknya kita mulai dengan memahami maknanya.


Takdir itu natijah daripada qada’ dan qadar Allah. Qada’ itu ialah “ketetapan Allah” yang kita sebut sebagai “sunnatullah.” Ketetapan ini penting bagi memastikan keseimbangan alam dan seluruh isinya.  Sementara “qadar” itu adalah ukuran Allah untuk dijadikan sebab kepada takdir.  Takdir berjalan seiring dengan qada’ dan qadarnya.  Iradat (keinginan) perlukan kudrat ( usaha), itu qada’ Allah.  Namun sejauh mana kudrat diperlukan manusia bergantung kepada berat bebannya, itulah qadar Allah.

Api itu sifatnya panas lagi membakar, ianya qada’ Allah.  Sementara qadar Allah pula ukuran api itu sendiri besar mana ia, menatijahkan besar atau kecil sesuatu kebakaran itu yakni takdir.

Qada’ Allah setiap yang jatuh itu tidak keatas tapi ke bawah (hukum graviti), dan nasib sesuatu yang jatuh itu yakni takdir bergantung kepada ketinggian dari tempat jatuh dan kekebalan objek itu yaitun‘qadar’.  Allah telah menegaskan akan hal tersebut dalam surah al-Qamar, ayat 49:

“Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”

Justeru itulah kita diminta menimbangi perbuatan kita sesuai dengan qada’ dan qadar Allah supaya tidak celaka natijahnya. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Allah:

“....dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan …” (al-Baqarah: 195)

Contohnya, semakin tua umur suatu tali, akan semakin lapuk dan kemampuan untuk mengangkat dan menahan bebannya pun akan semakin berkurangan, inilah qada’. Katakanlah tali tersebut qadarnya hanya mampu menahan beban seberat 50 kg, itupun kurang dari 2 jam. Jika kita nekad (tekad) menggunakan tali tersebut dengan beban melebihi kemampuan tali kemudiannya kita ditimpa kecelakaan, tidak boleh kita salahkan Allah sebaliknya salah kita sendiri. Seharusnya gunalah akal dan selidik dulu keupayaan tali tadi. Jika tidak pasti akan keupayaannya, hindarilah daripada menggunakan tali yang sudah berusia tadi untuk mengangkat beban yang berat, sebaliknya dapatkan tali baru atau alternatifnya. 


MANUSIA MEMBUAT PILIHAN

Benarlah firman Allah, setiap musibah yang menimpa diri manusia atau alam ini adalah disebabkan tangan manusia itu sendiri sebagamana firmannya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Asy-Syuraa, 42: 30)


“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Al-Rum: 30, 41)

Sama juga apabila Allah telah menetapkan bahawa ini jalan baik, ini pula jalan buruk dan ini jalan celaka, ini pula jalan yang berkesudahan bahagia.  Maka dipundak kitalah untuk memilih jalannya.  Sebagaimana Allah berfirman,

“Sesungguhnya kami telah menunjuki jalan yang lurus  dan ada yang bersyukur ada pula yang kafir” (Al insan, 76: 3)

Maknanya Jika kita inginkan kebaikan dan kebahagian, maka beramallah dengan amalan kebaikan.  Jika kita mengharapkan kebahagiaan tetapi kita beramal dengan amalan orang orang yang celaka, maka celakalah takdirnya kerana begitulah qada’ Allah (sunnatullah).

Seumpama kita menduduki peperiksaan, kita telah ditetapkan sekiranya kita memberi jawapan dengan kadar sekian-sekian, kita akan diberi markah sekian-sekian pula. Kemudian kita memberikan jawapan dengan kadar yang melayakkan kita mendapat markah separuh sahaja, maka separuhlah markahnya.

Maknanya setiap nasib (takdir) menimpa kita ada sebabnya yang bertitik tolak dari kita jualah.  Segalanya telah ditetapkan sebagaimana tetapnya formula matematik.

Adapun beberapa kejadian Allah seolah olah menyalahi qada’ dan qadar di atas seperti peristiwa mengandungnya Mariam (ummu Isa alaihissalam) tanpa lelaki, hanyalah perkara nadir (sangat jarang). Ianya dihadirkan dalam kehidupan manusia untuk membuktikan kekuasaan Allah dimana Dia maha kudrat melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya sekalipun diluar jangkaan manusia, dan juga sebagai hujjah akan kebenaran pengkhabaranNya.

Umumnya Allah tidak berbuat demikian, sebaliknya ditetapkan segala natijah sesuai dengan mukaddimah hambanya, setiap keberhasilan menurut formula yang dipakai hambanya.


KEHENDAK DAN IZIN ALLAH

Kalau sudah demikian perkaitan amalan seseorang dengan natijahnya, kenapa banyak sekali firman Allah yang pada umumnya membawa maksud bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, sekalipun kita tidak berkehendakkan ianya terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi sekalipun kita berkehendakkan ianya terjadi? Ataupun membawa maksud ianya hanya terjadi dengnan izin Allah dan tanpa keizinan Allah tidak ianya terjadi? Bahkan, perbuatan dan perkataan kita pun pada asalnya ketentuan Allah, seolah olah manusia pada hakikatnya tidak punya pilihan dan kuasa memilih? Sebagaimana antara firmannya:

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya; Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka.  Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)" (Al Qashash, 28: 68)


'["Thy Lord does create and choose as He pleases: no choice have they (in the matter): Glory to Allah. and far is He above the partners they ascribe (to Him)!"]


1.Kehendak Allah bukan Bukan KetidakmampuanNya
Pertamanya, ianya suatu penegasan bahawa setiap yang terjadi adalah atas kehendakNya bukan kerana ketidakmampuaNya untuk mentakdirkan kejadian lainnya.  Maknanya, boleh saja Allah menjadikan setiap manusia ini beriman, tetapi Allah tidak mengkehendaki demikan.  Boleh saja Allah tidak mewujudkan iblis tetapi Allah berkehendakkkan ianya wujud.   Boleh saja Dia memberi hidayah kepada orang kafir, bertaubatnya orang orang fasik tetapi Dia tidak berkehendak begitu.  Begitu juga dengan perbuatan hamba, boleh saja Allah bela hambanya yang dicintaiNya sesegera mungkin dan menghukum hambanya yang berdosa sesegera mungkin, tetapi Allah tidak berkehendakkan demikian;

2. Adanya Campur Tangan Allah
Keduanya, ianya menunjukkan adanya campur tangan Allah dalam urusan hambanya lantaran kelemahan manusia itu sendiri yang cenderung melihat baik dan buruk berdasarkan persepsi dan prasangka;

3. Kehendak dan Kempampuan Manusia
Ketiganya, perbuatan dan perkataan kita ini timbul karena adanya dua faktor, yaitu kehendak dan kemampuan.   Apabila perbuatan manusia ini, timbul karena kehendak dan kemampuannya, maka perlu diketahui bahwa yang menciptakan kehendak dan kemampuan manusia adalah Allah jua;

4. Supaya Menginsafi
Keempat, ialah menginsafi manusia supaya tidak menyombong diri jika diberi kelebihan kerana setiap kelebihan itu tidak lebih dari sebab keizinan Allah jua dimana bisa pula dia mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang dikehendakiNya;

5. Tidak Menimpa Sesuatu Tanpa Izin Allah
Yang kelima, sebagai jaminan kepada mukmin supaya tidak takut dan tidak gentar akan berlakunya musibah kepadanya dari musuh musuhnya kerana tidak akan menimpanya akan sesuatupun tanpa keizinan Allah.

Justeru itu, perlu dilihat bahawa kehendak Allah tadi dan keizinanNya serta pilihanNya samada untuk memberi nikmat atau tidak keatas hambanya bukanlah seperti kita bermain catur dengan sahabat kita, tetapi kehendak dan pilihanNya ada undang undangnya yang selari dengan hikmah Allah.  Pastinya, undang undangNya tidak akan menzalimi hambanya yang tak berhak dizalimi dan tidak sesekali Allah akan persiakan usaha hambaNya.  Bahkan Allah berjanji akan menolong hambaNya yang beriman dengan memalingkan mereka daripada melakukan perkara perkara yang ditegah.  Sebagaimana sabda nabi maksudnya;

Adapun orang orang yang tergolong di dalam golongan orang orang yang berbahagia, maka meraka akan dimudahkan dengan amalan amalan yang membawa kearah kebahagian.”

 Maka jelaslah bahawa manusia tetap bertanggungjawab keatas perbuatannya. Bahkan dari amalan hamba itu sendirilah Allah menentukan ketentuanNya.

MENERIMA TAKDIR, MENGAMBIL PELAJARAN

Saudara saudari semuslim, bila Allah telah menentukan sesuatu takdir apakah yang dapat kita perbuat?  Menerima seadanya?  Benar, bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus mentaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah.  Tetapi menerima dan redha yang Allah maksudkan bukan menerima tanpa berusaha untuk memperbaiki mutu amalan dan kehidupan hari esoknya.  Sebaliknya menerima bahawa apa yang telah berlaku telah berlaku dan biarkan ia berlalu tanpa merintih.

Sesungguhnya apa jua yan kita lakukan tidak dapat mengembalikan masa lalu.  Sebaliknya kita dituntut supaya mengambil pengajaran darinya untuk memperhalusi langkah hari esok agar hari esok lebih baik dari hari semalam. Usaha sebegini tidak boleh dikatakan melawan takdir Allah tetapi kita berusaha lari dari takdir Allah kepada takdir Allah jua sebagaimana Al Bukhari meriwayatkan bahawa Saidina Umar Al-Khatab waktu beliau keluar ke tanah Syam, amir kawasan Syam melaporkan merebaknya penyakit yang berjangkit, lalu Saidina Umar radhiallahuanhu bersepakatan dengan kaum muhajirin memilih tidak memasuki syam dan kembali ke Madinah, lalu berkata Abu Ubaidah:

“Apakah engkau lari dari takdir Allah?” Umar menjawab “Ya, kita lari dari takdir kepada takdir Allah jua. Apakah pendapat engkau, kalau engkau letakkan unta engkau di suatu wadi yang ada lembah, satunya subur dan satu lagi kering. Jika engkau tambatkannya di lembah yang subur tidakkah bererti engkau tambatnya dengan takdir Allah? dan jika engkau tambatkannya di lembah yang kering, tidakkah engkau tambatnya dengan takdir Allah jua?’’


TAKDIR ALLAH TIDAK TERIKAT PADA FAKTOR MATERIAL

Baiklah, mengapa pula kerapkali kita berusaha sedaya upaya mendapat rahmat Allah tetapi dikecewakan Allah?  Perlu difahami bahawa qada’ dan qadar Allah tidak terikat pada faktor material (zahir amalan) sahaja tetapi melibatkan faktor spiritual juga.  Sesungguhnya membeli rahmat Allah tidak cukup dengan amal dan doa, tetapi juga ikhlas niat dan jauh dari ujub dan riya’.  Selain dari itu rahmat Allah juga tidak terikat dengan amalan hablu minallah semata mata tetapi hablu minna naas (hubungannya dengan orang lain) dan alam seluruhnya. Bahkan Allah tidak hanya melihat apa yang kita perbuat ketika ini tetapi juga dari masa lalu kita dan masa hadapan kita.  Begitulah luasnya spektrum qadar Allah.  Ianya tidak bersifat horizontal atau vertikal.

Pernah nabi Allah bersabda:


“Kalaulah bukan kerana bayi-bayi yang menyusu, orang orang tua yang membongkok, dan haiwan ternak yang merumput, mungkin azab Tuhan melimpah ruah kepada kamu"

Perlu juga difahami bahwa rahmat Allah itu sendiri tidak semestinya merupakan kesenangan, pangkat dan terpuji di mata orang ramai. Kalau demikian yang kita fahami lalu apa status para rasul, ummu mukminin dan sahabat sahabat mereka serta yang mengikuti jejak mereka selepasnya, di mana kehidupan mereka sentiasa diselubungi kesakitan, kepedihan dan kesedihan? Bukankah mereka orang orang disayangi Allah?  Sesungguhnya sebenar benar rahmat Allah apabila dikurniakan kita hati yang redha, qana'ah dan takwa.

Sementara anugerah berupa kesenangan, hiburan dan sukacita hanya dapat dirasai diakhirat sana bukan di dunia ini, kerana dunia ini bukan tempat pembalasan tetapi tempat ujian. Kenikmatan di dunia ini hanyalah fana.  Justeru itu jangan bersedih hati menyangka kurniaan nikmat itu sebagai tanda kasihNya dan musibah itu sebagai tanda kemurkaanNya. Semua itu tidak lebih daripada ujian Allah apakah kita bersyukur atau redha (berlapang dada).

Apakah kita perhatikan (muhasabah dan ambil iktibar) atau kita dengan perasaan benci.  Sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir untuk mengkabulkan permohonan atau persiakan usaha hambanya yang disayanginya cuma kadangkala ia datang bukan dalam bentuk yang kita harapkan atau dalam bentuk yang kita suka.  Bila Allah tidak perkenankan sesuatu percayalah bahawa ada kemudaratan didepannya.  Ini kerana Allah maha mengetahui apa yang dibelakang kita dan dihadapan kita. Kerana itu Allah befirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (al-Baqarah: 216)


PENGETAHUAN ALLAH MENDAHULUI PERBUATAN MANUSIA

Adapun takdir takdir manusia ini sudah ditulis ke atas kita sejak mula kejadian kita lagi sebagaimana di dalam hadith riwayat Ibn Mas`ud radhiaallahuanahu dimana Rasulullah salallahu ‘alahi wassalam bersabda :

“Sesungguhnya setiap dari kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari maka kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula ketulan daging lalu Allah mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara, iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya apakah bahagia atau celaka dan demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-Nya sesungguhnya sekiranya sekalipun ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka maka nescaya dia selepas itu akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Bukanlah penetapan mendahului perbuatan hambaNya, tetapi hanyalah kerana pengetahuan Allah mendahului kita. Allah sudah tahu segala kejadian kejadian akibat oleh amalan amalan manusia sebelum manusia itu melakukan perbuatannya. Ini kerana Allah itu tidak bermasa dan terhad kepada ruang. PengetahuanNya meliputi masa lalu, masa kini dan masa hadapan. BagiNya segala galanya sudah bermula dan sudah selesai. Seumpama kita dapat melihat mulanya, tengahnya, dan hujungnya sebatang pen.  Kita pemabuk bukanlah kerana Allah yang tentukan kita sebagai pemabuk dari mula lagi tanpa sebab sebab tertentu, sebaliknya dari mula lagi Allah maklum kita memilih untuk jadi pemabuk lalu pemabuklah takdir kita.

Kalaulah pilihan itu tetapan Allah secara mutlak, untuk apa manusia diciptakan?  Apa gunanya wahyu yang mengajak manusia berbuat sekian-sekian dan meninggalkan sekian-sekian?  Dan apa pula ertinya sebuah penghisaban?  Apa pula nilaian syurga dan nilaian neraka?  Bukankah wujud percanggahan?  Tidak munasabah bukan?  Seumpama seorang guru mengadakan ujian keatas pelajarnya untuk mengukur sejauh mana pelajar itu faham akan pelajarannya, tetapi guru itu telah menetapkan dia mesti pilih A dari pilihan A, B, C dan seterusnya walaupun pilihan itu ternyata natijahnya ialah salah. Lalu untuk apa ujian itu dilakukan? Dangkal bahkan sia sia bukan?  Ringkasnya, apa yang anda baca sekarang sudah berada di dalam pengetahuan Allah dan apa tindakan yang anda ambil setelah membaca artikel ini pun sudah Allah ketahui mendahului anda.  Setiap tindakan kita tadi ada natijahya yang juga sudah diketahuiNya mendahului anda.
DO’A  BOLEH MERUBAH TAKDIR
Bagaimana pula dikatakan doa boleh merubah takdir?  Ya memang begitu, tetapi bukan mengubah takdir yang telah tertulis tetapi satu proses mengubah takdir hari ini kepada takdir lainnya dihari esok dan perlu dimaklumi perbuatan berdo’a dan perubahan takdir A kepada takdir B dari do’a tadi juga telahpun berlaku dan selesai disisi Allah.

Justeru itu, yakinlah bahawa Allah itu adil dan bijaksana pula dalam urusan takdir manusia. Allah tidak akan persiakan usaha hambanya. Usahlah kita berdebat dengan Allah hanya kerana pada sangkaan kita amalan atau usaha yang kita lakukan wajar mendapat sekian sekian sementara dia tidak wajar mendapat sekian sekian pula.   Sesungguhnya Allah lebih bijak di dalam congakannya.  Penglihatan Allah dan pengetahuannya tidak bermasa, ber-ruang dan bersempadan sedangkan mata kita jika dihijabi dengan dinding, akal kita sudah tentu tidak dapat meneka apa disebaliknya oleh kerana terhadnya kemampuan akal kita.

Demikian itu, serahkan saja soal kira mengira itu kepada yang layak iaitu Allah. Barangkali apa yang kita nikmati selama ini tidakpun layak sebenarnya untuk kita. Maka, fahamilah sunattullah (qada’ dan qadar Allah) dan jangan sesekali melawan arus, sebaliknya ikut saja resepi kejayaan yang Allah gariskan, nescaya akan berhasil.

Sekiranya gagal jangan salahkan resepi Allah, sebaliknya muhasabahlah mencari dimana kesilapan diri.  Barangkali kesilapan itu pada acuannya, atau pada ramuannya, mungkin juga pada suhunya atau pada tekniknya, boleh jadi juga sebab masanya belum tiba, mungkin juga apa yang kita harapkan diluar keupayaan kita.

Contohnya kalau ingin kaya, carilah jalan masuk rezeki yang baik, usah mengeluh sudah kerja keras tapi tak kaya kaya sebaliknya selidiki kerja apa? Dengan siapa? Di mana? Bagaimana?. Kalau kerja keras siang malam, tapi hanya sebagai penarik beca, wajar saja kalau tidak kaya, karena memang pintunya kecil.  Carilah tempat lain, atau pekerjaan lain. Itupun perlu melihat keupayaan diri, Jangan pula mengharapkan menjadi perdana menteri kalau kita jahil tentang siasah.   Jika mahu juga perlulah terlebih dahulu belajar selok belok siasah kerana sesungguhnya Allah telah befirman:

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (al-Ra`d: 11).


MENYUSUN LANGKAH, MENGAMBIL IBRAH

Disamping itu, jangan kita lupa memohon pimpinan dari Allah, khuatir nanti syaitan pula tampil sebagai penasihat. Kemudian apabila kita berazam dengan sesuatu azam maka bertawakkallah dengan sebenar benar tawakkal.  Setelah itu redhalah apa jua ketetapanNya, kerana mungkin itulah yang selayaknya untuk kita, sesuai dengan kehendak dan kondisi kita disamping tidak berputus asa dengan rahmatNya. Teruskan menyusun langkah mengatur strategi memperbaiki kehidupan ubudiah dan duniawiyyah tanpa memandang ke belakang melainkan untuk mengambil ibrah.   Sesuai dengan pesanan Rasulullah:

“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada Allah dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu berkata: ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tetapi katakanlah: ‘Qadara Allah wa ma sha’a fa`al (Ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya) karena ucapan’seandainya’ akan membuka (pintu) setan.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Nasa’i )

Allah a'lam.